kali ini saya nak berkongsi sikit dengan pembaca tentang kelebihan dhuha.eh..sebelum tu.kenapa perlu solat dhuha??solat sunat lain kan ada banyak lagi...
ok..kita fahami hadis ni dulu
Ada begitu banyak bukti keajaiban yang tidak terduga daripada sikap istiqamah melalui solat dhuha
bukan sahaja sebagai benteng keimanan namun sekaligus kejernihan hati yang tenteram dan teduh bak telaga kauthar..sedikit sebanyak kelebihan dhuha
apabila kita solat dhuha 2 rakaat ibarat kita sedang bersedekah.kenapa?
ketahuilah,tubuh manusia memiliki 360 sendi.kesemua sendi ini mahu diberikan sedekah setiap hari.
"ibarat pengguna kenderaan,pasti setiap tahun perlu membayar cukai jalan.Begitu juga orang yang menyewa rumah,mereka perlu membayar sewa setiap bulan.Seluruh sendi yang ada dalam tubuh kita perlu diberikan sedekah"
..namun dengan apa kita dapat bersedekah kepada seluruh sendi?
jawapannya..
dengan amal kebajikan .Setiap hari kita perlu berbuat 360 kebaikan untuk disedekahkan kepada 360 sendi
namun mungkin agak berat untuk kita melakukan kebaikan sebanyak 360 kali dalam sehari kan?
Ada cara lain yang dapat menutup semua keperluan sedekah terhadap sendi sendi kita.dengan melakukan solat dhuha 2 rakaat.dengan sentiasa melakukan solat dhuha pada waktu matahari naik sepenggalah kita dapat memenuhi kewajipan kita bersedekah kepada sendi sendi kita
setiap hari kita menggunakan sendi melakukan pelbagai perkara,mencari rezeki,menuntut ilmu,melakukan tugas harian.maksudnya semua kegiatan,baik waktu siang mahupun malam bergantung kepada sendi sendi yang menggerakkan tubuh kita.oleh itu kita sepatutnya memberi sedekah kepadanya agar ia terjaga.contohnya
motosikal yang kamu naiki perlu diselenggara.begitu juga dengan sendi-sendi kita,perlu dirawat dalam bentuk sedekah yang dapat diganti dengan mengerjakan solat dhuha 2 rakaat
solat dhuha ialah solat sunat yang dilaksanakan ketika orang sedang sibuk pada waktu matahari tengah naik.ketika itu banyak orang terlupa dalam lalai.Dalam keadaan ini jika seseorang melakuka dhuha maka dia akan mendapat mengawal hawa nafsunya.
namun pemahaman kebanyakan orang ialah solat dhuha memurahkan rezeki.adakah salah kita melakukan dhuha untuk meminta Allah murahkan rezeki?
sama sekali tidak salah fahaman itu.kerana solat dhuha memang rohnya rezeki.mendapat pekerjaan,dibentangkan jalan menuju kemudahan.jika dilaksanak solat dhuha dengan khusyuk insyaAllah apa yang diingini akan terkabul.Tetapi tentu berlandaskan usaha secara zahir bukan hanya meminta dalam solat dhuha dan menunggu keajaiban dari langit.
doa selepas solat dhuha |
semua itu bergantung kepada niat,kebanyakan niat orang melaksanakan dhuha hanya bagi kepentingan dunia.Allah akan memberikannya kerana firman Allah "barang siapa menghendaki pahala dunia nescaya kami beri dia pahala dunia dan barang siapa menghendaki pahala akhirat kami berikan pahala akhirat.sebaibaiknya mereka hendaklah beramal bagi kebaikan dunia dan akhirat
sesiapa yang mengerjakan solat dhuha 2 rakaat dia tercatat orang yang taat kepada Allah ?apabila solat 4 rakaat maka dia tercatat ahli ibadah dan apabila dia malakukan solat dhuha 6 rakaat Allah akan mencukupi segala keperluannya dan apabila dikerjakan 8 rakaat Allah mencata dirinya termasuk golongan orang yang patuh kepada Allah.dan apabila dilakukan sebanyak 12 rakaat Allah akan membangunkan sebuah istana indah di dalam syurga.sebaik baik orang adalah yang dekat dengan rahmat Allah dan orang yang selalu melakukan dhuha begitu dekat dengan rahmat dan anugerahNya
jika kita sering melakukan dhuha sinar panas matahari akan menjadi sinar sejuk yang tersemat didalam hati.inilah yang dikatakan ketabahan hati.Atau dalam kata lain MISKAT.dalam alquran miskat ialah sinar dalam hati seseorang yang menerangi seluruh jiwanya .hati ibarat kubah masjid/mangkuk yang terbalik dan miskat adalah sinar dalam hati .jika setiap perbuatan kita menurut hawa nafsu mangkuk itu akan kotor dan sinar tidak dapat meneranginya.sebaliknya jika kita mengendlikan nafsu dengan baik mangkuk itu seperti kaca yang memantulkan sinar dalam hati kita
namun bagaimana cara untuk mengendalikan nafsu?
dengan melakukan solat dhuha secara istiqamah.pada waktu dhuha nafsu sedang tidak stabil kerana panas sinar matahari.nafsu dapat dikendalikan dengan solat dhuha
waktu solat dhuha |
setakat tu dulu perkongsian kali ni.apa yang baik datang dari Allah apa yang kurang baik dari kesalahan saya sendiri..apa yang salah please drop your comment hear.ok?saya berlapang dada menerima kritikan
#jom jadikan dhuha amalam harian kita>_<
sumber rujukan--> demi duha karya mohammad makhdlori |
Oh baru tahu rupanya masa dhuha masa ketidakstabilan nafsu. Subhanallah sebahagian drpd rezeki ek. Rezeki pengawalan & pengurusan diri.
ReplyDeletejzkk ukht :)
keep writing, keep fighting.