Thursday 24 May 2012

ABAI solat?tak takut ke???

susah ke nak solat?
solat tak pakai duit macam zakat
solat tak makan masa berhari-hari macam haji(paling lama 10minit je)
solat tak guna banyak tenaga macam puasa (sehari berlapar penat kan..)

masih nak abai solat?
solat adalah tiang agama so,siapa yang mendirikan solat seolah-olah sedang mendirikan agamanya.

sangat menyedihkan.
dapat kita perhatikan masyarakat islam terlalu cuai dalam solat dan terlalu meremehkannya.SERING DILAKUKAN AKHIR WAKTU malah MENINGGALKANNYA

dalam ilmu feqah sendiri para fuqaha besepakat menyatakan  bahawa meninggalkan solat merupakan DOSA YANG SANGAT BESAR



seksaan bagi orang yang meninggalkan solat

------------------------------------------------------------------------

Tuesday 22 May 2012

semua tak kena?mana nak ikut?

dalam kehidupan kita,pandangan siapa yang selalu kita dengar..ibu bapa?masyarakat?sahabat2?
majoriti masyarakat melayu "takut" dengan pandangan manusia


"ehh,,,jangan buat camtu nanti kalau orang kampung tau.malu aku"
"hish..orang sekarang tak main la gaya cam gitu.."


he..dialog camni sedikit sebanyak ada terjadi lam hidup kita.kan?
kita takut dengan mulut orang.
malah.
jarang sekali kita nak cakap


"jangan kau buat cam ni.malu dengan Allah..Dia tengah tengok tu"


apapon,jom baca kisah luqman alhakim ni.(sumber kisah-kisah agama)

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."

Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu."

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai."

Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T saja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."

semoga mendapat ikhtibar :)

bila hati sudah demam apa rawatannya?

hati manusia memang sentiasa diuji..resah,tak tenteram.riak,dengki.macam2 lagi.dengan iman yang terkadang turun naik.

bagaimana dengan cara rawatannya?

 sabda nabi muhammad s.a.w

" dari  ibnu abbas perbanyakkan lah istighfar.Allah jadikan tiap-tiap kesukaan dari tiap-tiap kesusahan dan Allah jadikan baginya jalan keluar dari tiap-tiap kesempitan dan ia direzekikan kepadanya dari jalan yang tak disangka-sangka" (hadis sanad abi daud )

istighfar terbahagi kepada 3
1-istighfar dari orang-orang yang berdosa supaya diampuni dosa dan takut siksa azab Allah s.w.t
2-istighfar golongan wali-wali dan orang salih untuk melenyapkan rasa tidak senang hati kerana kurang bersyukur @kelalaian hati dan jauh dari ilmu dan ulama'
3-istighfar para nabi bagi menambahkan rasa syukur padaNya


"allabizikrillahitatmainnalqulub"
sesungguhnya dengan meningati Allah jiwakan tenang..


jadi bila hati sakit..berzikirlah..dekatkan diri padaNya.. ^_^








inspirasi dari dikja..budakcomel :)

kenapa SoLaT tiAnG agAmA ?

kenapa Allah menetapkan bahawa solat ialah tiang bagi agama islam?

kadang-kadang kita tak terpikir pon
dalam solat ada seluruh rukun islam

senarai rukun islam
-kalimah syahadah
-solat
-puasa
-zakat
-haji

dalam solat ada rukun islam?
btol k nih?

betol..
kalo xpcaya jugak baca nih


1-dalam solat ada ucap kalimah syahadah
(dalam tahiyat awal& akhir)kalau xbaca syahadah x sah solat anda ye.. >_<
2-dalam solat ada solat.yela yang ni memang xdinafikan lagi..he
3-dalam solat ada puasa..
ok,apa maksud puasa.(menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa)means makan,keluar sesuatu dari rongga badan.macam tu jugak dalm solat..solat xleh makan.xleh buang angin buang air besar..btol x?
4-dalam solat ada zakat..zakat bermaksud..(menyucikan harta) dari perkataan "suci"
macam tu jugak solat,kita harus sucikan diri kita dari hadas kecil dan besar.dengan berwudhu'.betol?
5-dalam solat ada haji..yup..dalam haji ada tawaf.mengilingi kaabah.and kebanyakan ibadah haji mengadp kaabah.kan?camtu jugak dalam solat.kita mesti mengadap kiblat.kalau tak.tak sah la solat kita tu..kan?


so?
betol x?
dalam solat ada rukun islam..
sebab tu la solat dikatakan TIANG AGAMA




siapa yang tinggalkan solat dia da rosakkan agama nya..sebab rumah tanpa tiang pon boleh roboh kan?
teringat nasyid..walaupon hidup seribu batu kalau x sembahyang apa gunanya... he...muhasabah diri tingkatkan amal >_<


*sumber ustaz ghazali ibrahim kuliah solat tv alhijrah