majoriti masyarakat melayu "takut" dengan pandangan manusia
"ehh,,,jangan buat camtu nanti kalau orang kampung tau.malu aku"
"hish..orang sekarang tak main la gaya cam gitu.."
he..dialog camni sedikit sebanyak ada terjadi lam hidup kita.kan?
kita takut dengan mulut orang.
malah.
jarang sekali kita nak cakap
"jangan kau buat cam ni.malu dengan Allah..Dia tengah tengok tu"
apapon,jom baca kisah luqman alhakim ni.(sumber kisah-kisah agama)
Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."
Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai
maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar
itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat
orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh
kurang adab anak itu."
Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun
terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian
orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar,
adalah sungguh menyiksakan himar itu."
Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan
orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi
suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak
dikenderai."
Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang
ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan
telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari
percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan
melainkan kepada Allah S.W.T saja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang
menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."
Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya,
katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi
fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga
perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah
tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya),
dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka
merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."
No comments:
Post a Comment